Welcome Notes

Pengenalan

Assalamualaikum, dan selamat datang ke blog rasmi Kantin SMK Bandar Sri Damansara (1). Di sini kami berkongsi maklumat terkini tentang program yang berlangsung di kantin, menu harian pada sesi pagi dan petang, dan lain-lain. Kami juga berkongsi kepada anda tentang program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, dan juga yang melibatkan ahli-ahli kantin yang bertugas sepanjang program yang diadakan oleh pihak sekolah. Kami juga memainkan peranan penting dari kesemua aspek terutamanya kebersihan, gaya pemakanan yang sihat, budi bahasa antara ahli-ahli, guru-guru dan para pelajar sekalian. Kami juga akan buat apa sahaja untuk memastikan bahawa kawasan kantin di sekolah kami sentiasa bersih dan segar.....(admin)

Thursday 10 April 2014

Skuad Kantin

Skuad kantin ditubuhkan untuk menjadi pemudah cara di Kafe BSD One. Skuad ini diperlukan untuk memastikan kesemua program yang diadakan di kantin berjalan dengan lancar. Seramai 10 orang telah dilantik oleh pihak sekolah sebagai skuad kantin. Selain dari penyelaras kantin, guru yang bertangungjawab menggerak skuad ini ialah Pn. Nurummi Sarhan Bt. Md. Salleh






No comments:

Post a Comment