Welcome Notes

Pengenalan

Assalamualaikum, dan selamat datang ke blog rasmi Kantin SMK Bandar Sri Damansara (1). Di sini kami berkongsi maklumat terkini tentang program yang berlangsung di kantin, menu harian pada sesi pagi dan petang, dan lain-lain. Kami juga berkongsi kepada anda tentang program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, dan juga yang melibatkan ahli-ahli kantin yang bertugas sepanjang program yang diadakan oleh pihak sekolah. Kami juga memainkan peranan penting dari kesemua aspek terutamanya kebersihan, gaya pemakanan yang sihat, budi bahasa antara ahli-ahli, guru-guru dan para pelajar sekalian. Kami juga akan buat apa sahaja untuk memastikan bahawa kawasan kantin di sekolah kami sentiasa bersih dan segar.....(admin)

Thursday 17 October 2013

JOHAN ANUGERAH KUALITI 2013 PPDPU 17 OKTOBER 2013

Pada tahun 2013, SMK Bandar Sri Damansara 1 dinobatkan sebagai Johan Anugerah Kualiti PPDPU. Anugerah ini juga telah melayakkan kantin sekolah untuk bertanding ke Peringkat Negeri. Berikut adalah suasana di kantin semasa pertandingan...



Thursday 18 April 2013

AKTIVITI KANTIN DEMONSTRASI MAKANAN SIHAT

Bandar Sri Damansara-Demonstrasi Makanan Sihat telah diadakan di Dewan Budiman bagi tujuan mendedahkan murid kepada pentingnya pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Chef selebriti, Chef Sabri telah dijemput untuk mendemostrasikan penyediaan makanan yang sihat dan seimbang.

Guru bergambar bersama Chef Selebriti jemputan, Chef Sabri



Chef Sabri sedang menyediakan sandwich ayam panggang California