Welcome Notes

Pengenalan

Assalamualaikum, dan selamat datang ke blog rasmi Kantin SMK Bandar Sri Damansara (1). Di sini kami berkongsi maklumat terkini tentang program yang berlangsung di kantin, menu harian pada sesi pagi dan petang, dan lain-lain. Kami juga berkongsi kepada anda tentang program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, dan juga yang melibatkan ahli-ahli kantin yang bertugas sepanjang program yang diadakan oleh pihak sekolah. Kami juga memainkan peranan penting dari kesemua aspek terutamanya kebersihan, gaya pemakanan yang sihat, budi bahasa antara ahli-ahli, guru-guru dan para pelajar sekalian. Kami juga akan buat apa sahaja untuk memastikan bahawa kawasan kantin di sekolah kami sentiasa bersih dan segar.....(admin)

Tuesday 8 April 2014

Program Culture Exchange (Jepun dan Malaysia 2013)

18/10/2013 - Pada beberapa bulan yang lepas, SMK Bandar Sri Damansara 1 telah menerima kunjungan daripada Yokohama Hiranuma High School. Seramai 300 hingga 500 pelajar daripada sekolah tersebut telah berkunjung dan telah menyertai pelbagai jenis aktiviti yang melibatkan kebudayaan negara Malaysia. Aktiviti - aktiviti tersebut telah diaturkan oleh guru - guru sekolah SMK Bandar Sri Damansara 1 bagi memastikan perjalanan program lebih lancar. Selain itu , segelintir pelajar SMK Bandar Sri Damansara 1 telah dilantik untuk menjadi "tomodachi" atau bermaksud rakan di dalam bahasa Jepun. Jumlah pelajar yang dilantik mencecah seramai 100 hingga 150 orang , dan tugas mereka adalah untuk membimbing pelajar - pelajar Jepun ini ke stesen yang telah ditetapkan yang mempamerkan hampir kesemua perkara yang berkaitan dengan kebudayaan Malaysia ,
yakni itu , permainan congkak , gasing , dan banyak lagi. Tidak terkecuali , jenis - jenis makanan yang terdapat di Malaysia seperti , Roti Canai , Tosai , Nasi Lemak , Tau Fu Fa dan lain - lain. Dalam proses ini , hanya segelintir pelajar Jepun yang boleh berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris , dibandingkan dengan purata pelajar Malaysia , pelajar - pelajar Jepun ini dilihat lebih lemah dalam keupayaan mereka bertutur dalam Bahasa Inggeris , apabila ditanya tentang pengalaman mereka apabila mereka sedang menjalankan akitiviti - aktiviti yang disediakan , mereka memberikan respons yang agak baik, tetapi mereka sama sekali tidak menyukai iklim cuaca panas di Malaysia. Walau bagaimanapun mereka tetap mempersembahkan tarian "hip - hop" mereka di ruang yang terbuka untuk tatapan umum dengan penuh bersemangat.Akhir sekali , pelajar daripada dua - dua belah pihak saling bertukaran cenderahati antara satu sama lain sebagai tanda penghargaan di akhir program ini.


Read More






Read More





No comments:

Post a Comment