Welcome Notes

Pengenalan

Assalamualaikum, dan selamat datang ke blog rasmi Kantin SMK Bandar Sri Damansara (1). Di sini kami berkongsi maklumat terkini tentang program yang berlangsung di kantin, menu harian pada sesi pagi dan petang, dan lain-lain. Kami juga berkongsi kepada anda tentang program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, dan juga yang melibatkan ahli-ahli kantin yang bertugas sepanjang program yang diadakan oleh pihak sekolah. Kami juga memainkan peranan penting dari kesemua aspek terutamanya kebersihan, gaya pemakanan yang sihat, budi bahasa antara ahli-ahli, guru-guru dan para pelajar sekalian. Kami juga akan buat apa sahaja untuk memastikan bahawa kawasan kantin di sekolah kami sentiasa bersih dan segar.....(admin)

Monday 10 February 2014

Pelancaran Kempen "1 Murid 1 Bekas" (1M1B)

Bandar Sri Damansara-Kempen "1 Murid 1 Bekas" merupakan inisiatif dan inovasi jawatankuasa kantin dan skuad kantin SMK Bandar Sri Damansara 1dalam pertandingan Kantin Bersih, Selamat dan Sihat peringkat negeri Selangor 2014. Kempen 1M 1B ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua warga sekolah untuk menyemai dan mengamalkan 3R (Reduce, Reuse and Recycle) dalam kehidupan seharian. Selain itu, kempen ini juga memberi kesedaran kepada semua warganya untu menyelamatkan alam sekitar daripada timbunan sampah sarap dan bahan terbuang. Melalui kempen ini, diharap semua warga sekolah membawa bekas dari rumah untuk mengisi makanan yang dijual di kantin dan menjadi satu budaya harian apabila membeli makanan di luar sekolah. Secara tidak langsung, budaya sayangi alam sekitar akan diterapkan secara beransur-ansur.
















No comments:

Post a Comment